HomeUtamaGaduh di kawasan hiburan TREC KL, polis tahan 3 lelaki

Gaduh di kawasan hiburan TREC KL, polis tahan 3 lelaki

Read Time:57 Second

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terbabit dalam kes pergaduhan hingga mengakibatkan seorang lelaki warga Australia parah di kawasan pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di sini, Jumaat lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah menerima laporan kes pergaduhan itu pada jam 4.54 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati pergaduhan membabitkan sekumpulan lima hingga enam lelaki tempatan serta warga asing manakala mangsa adalah seorang lelaki warga Australia.

“Mangsa dipukul secara beramai-ramai dan seorang daripada suspek menggunakan objek dipercayai senjata tajam sehingga mendatangkan kecederaan pada mangsa,” katanya

Ashari berkata, mangsa cedera pada leher, badan dan telapak tangan kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan kini dalam keadaan stabil.

“Setakat ini, kami menahan tiga suspek berusia 20 hingga 30 tahun dan direman empat hari bermula Sabtu hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih mengesan suspek lain yang masih bebas.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pusat Kawalan IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya