HomeIsu tempatanPondok Fii Dzilalil Quran terima sumbangan van serbaguna menerusi Program Mobiliti TH

Pondok Fii Dzilalil Quran terima sumbangan van serbaguna menerusi Program Mobiliti TH

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA BELUD : Lebih 300 guru dan murid tahfiz Pondok Fii Dzilalil Quran di sini bakal memperoleh manfaat daripada penerimaan van serbaguna sumbangan Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Idris Ahmad berkata, Program Mobiliti TH yang bermula sejak 2016 pada asalnya merupakan penyerahan sumbangan kenderaan van dwifungsi ke masjid dan surau yang boleh digunakan untuk pengurusan jenazah dan juga van penumpang.

“Namun pada tahun 2021, program ini telah diperluaskan ke pusat tahfiz, badan dan rumah kebajikan terpilih di Sabah dan Sarawak.

“Sumbangan van serbaguna ini turut bertujuan memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan fardhu ain terutama dalam kalangan ahli kariah di masjid-masjid yang memerlukan di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serahan Van Program Mobiliti TH 2022 Negeri Sabah di sini, hari ini.

Idris berkata, adalah diharapkan agar sumbangan itu akan dapat membantu memudahkan urusan pentadbiran pihak pengurusan Pondok Fii Dzilalil Quran selain memberi manfaat kepada pelajar-pelajar tahfiz dalam memenuhi undangan keagamaan.

Sebanyak lima buah masjid, institusi, sekolah tahfiz di Sabah dikenalpasti untuk menerima sumbangan van melalui Program Mobiliti TH termasuk Pondok Tahfiz Fii Dzilalil Quran.

Hadir sama, Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak TH, Datin Nurlaila Said, Pengarah TH Sabah, Yusdi Nasib, Pegawai Tadbir Agama Kota Belud, Surayah Salin, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Wahab Sidek, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Kota Belud, Fatin Wardiah Sabli dan Mudir Pondok Fii Dzilalil Quran, Zaipudin Ahmad.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya