HomeUtamaPembinaan LPB Sabah telah capai 66.79 kemajuan kerja fizikal

Pembinaan LPB Sabah telah capai 66.79 kemajuan kerja fizikal

Read Time:1 Minute, 45 Second

PAPAR : Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah kini telah mencapai sebanyak 66.79 peratus kemajuan kerja fizikal.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, status semasa bagi keseluruhan projek pembinaan LPB Sabah itu adalah melibatkan 15 Pakej Kerja yang kini sedang dalam pembinaan.

“Meskipun terdapat beberapa Pakej Kerja yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan akan memastikan kerja pembinaan LPB Sabah akan dilaksanakan mengikut skop kerja yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja ke LPB Sabah Pakej Kerja 05: Menaiktaraf Jalan Dari Donggongon Ke Simpang Jalan Papar Spur bagi meninjau keadaan dan status semasa pakej kerja tersebut.

Hadir bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis Mohd Tamin Zainal; ADUN Kawang, DatukGulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar; ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah, Kamaludin Ag Abas.

Arthur berkata, status terkini, pakej kerja sejauh 11.39 kilometer tersebut mencatatkan kemajuan kerja sebanyak 99.10 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Oktober tahun ini.

“Baki 0.9 peratus melibatkan kerja-kerja kecil seperti pemasangan papan tanda, kerja-kerja mengecat jalan dan sebagainya,” katanya.

Skop Pakej Kerja 05 merangkumi kerja-kerja menaiktaraf jalan sedia iaitu Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu dari Donggongon ke persimpangan Jalan Papar Spur melibatkan kerja-kerja pembetukan jalan dua lorong dua laluan.

Skop-skop kerja lain yang terlibat adalah pembinaan pembentung dan dua jambatan konkrit bertetulang sepanjang 150 meter merentasi Sungai Papar serta kerja-kerja turapan, kerja-kerja pembaikan, dan perlindungan cerun.

Berdasarkan kajian, dianggarkan lebih kurang 18,500 hingga 20,000 buah kenderaan akan menggunakan jalan tersebut dalam masa sehari apabila ianya siap kelak.

Para pengguna jalan raya akan menerima manfaat jalan raya yang lebih selesa dan selamat disamping menjimatkan masa perjalanan.

Arthur berkata Pakej Kerja 05 merupakan salah satu daripada tiga Pakej Kerja LPB Sabah yang dijangka akan dapat disiap dan diserahkan pada tahun ini.

Katanya, dua lagi pakej kerja termasuk Pakej Kerja 27 (Sandakan Mile 32) sepanjang 18.1 kilometer dan Pakej Kerja 21 (Jajaran Lahad Datu Bypass) sepanjang 7 kilometer.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular