HomeUtamaBERSATU Putatan nafi 300 ahlinya sertai UMNO/BN

BERSATU Putatan nafi 300 ahlinya sertai UMNO/BN

Read Time:1 Minute, 33 Second

PUTATAN: BERSATU Bahagian Putatan menafikan 300 ahlinya keluar parti dan menyertai UMNO.

Ketua Armada BERSATU Bahagian Putatan, Mohd Isquzawan Israq Datuk Seri Arsit berkata, dakwaan bahawa 300 ahli BERSATU Putatan keluar parti dan menyertai UMNO adalah tidak berasas.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat oleh Pemangku Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffrey Nor adalah tidak berasas dan sengaja direka oleh beliau bagi mengejar populariti murahan.

“Memang benar ada seorang dua yang keluar parti iaitu Ketua Cawangan Sembulan Selatan dan Ketua Cawangan Tanjung Aru Baru, namun Ketua Srikandi, Ketua Armada dan ahli-ahli cawangan tersebut masih kekal bersama BERSATU, dan cawangan itu juga masih aktif serta baru sahaja selesai mengadakan persidangan cawangan mereka.

“Dakwaan Jeffrey adalah cakap-cakap kosong semata-mata. Sementara Individu yang mendakwa mewakili kumpulan itu, Sulaiman Salleh juga bukan ahli BERSATU dan kami tidak kenal siapa individu tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Isquzawan Israq mengulas laporan media bahawa 300 ahli BERSATU dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) kawasan Parlimen Putatan menghantar borang permohonan menyertai UMNO dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin di sini, pada Sabtu.

Menurut Jeffrey Nor, sebelum ini seramai 630 orang ahli BERSATU dan WARISAN Putatan juga telah menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO.

“Ini merupakan kumpulan kedua ahli-ahli BERSATU dan WARISAN yang telah menyerahkan borang permohonan untuk menyertai UMNO kerana kekecewaan mereka yang merasakan tertipu dengan pelbagai janji manis parti tersebut”, katanya.

Mohd Isquzawan Israq percaya, tindakan Jeffrey Nor itu didorong oleh terlalu dahaga untuk menjadi calon kerusi Parlimen Putatan.

“Saya nasihatkan beliau agar menjadi pemimpin yang betul-betul mempunyai usaha untuk parti yang disertainya. Jangan menjadi pemimpin yang hanya tangkap muat dengan memanipulasikan angka untuk mengelirukan rakyat”, tegasnya.

Sementara itu beliau berkatanya, kesemua 80 cawangan BERSATU Bahagian Putatan telah selesai mengadakan mesyuarat cawangan mereka, dengan 4 daripadanya adalah penaja.

Katanya, persidangan BERSATU Bahagian Putatan dijangka diadakan pada 9 Oktober 2022, dengan seramai 600 perwakilan akan menghadirinya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya