HomeUtamaGembira sehingga mengalir air mata, Gaudi terima Rumah Mesra SMJ

Gembira sehingga mengalir air mata, Gaudi terima Rumah Mesra SMJ

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KUALA PENYU: Mengalir air mata kegembiraan Gaudi Bonti, 46, setelah 30 tahun menanti rumah impian yang selesa akhirnya tercapai sehari sebelum ulang tahun dua tahun pentadbiran diteraju Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) membentuk kerajaan pada 29 September ini.

“Saya dan keluarga sangat gembira dan terima kasih banyak-banyak kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kerana membina rumah impian kami iaitu Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dan menyerahkan kunci rumah secara rasmi pada hari ini.

“Saya tidak sangka impian selama 30 tahun untuk mendapatkan rumah yang selesa akhirnya tercapai melalui inisiatif Kerajaan Negeri GRS-BN,” katanya sambil berulang kali mengesat air mata kegembiraan ketika ditemui pemberita Sabah Media semasa majlis penyerahan kunci Rumah Mesra SMJ oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Kg Batu 4, Bundu, di sini hari ini.

Turut berkongsi kegembiraan itu Gaudi bersama isteri dan tiga orang anak perempuannya.

Menurut Gaudi, beliau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap tetapi memperolehi sedikit pendapatan dari bercucuk tanam untuk menampung sara hidup keluarganya.

“Saya harap dengan adanya rumah ini, kami dapat menumpukan untuk meningkatkan pendapatan keluarga,”katanya.

Rumah Mesra SMJ yang dibina dengan kos RM70,000 itu antara 1,500 buah yang akan dibina semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan geran khas Persekutuan RM125.6 juta yang disalurkan kepada Kementerian Kemajuan Pembangunan Luar Bandar Negeri pada hari ini.

Majlis Pelancaran Rumah Mesra SMJ Peringkat Negeri Sabah, Kuala Penyu dan Menumbok berlangsung di Perkampungan Rumah Budaya Kuala Penyu.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya