HomeSukanSabah FC mahu dapatkan keputusan positif, tidak mahu lagi keciciran mata

Sabah FC mahu dapatkan keputusan positif, tidak mahu lagi keciciran mata

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC tidak mahu lagi keciciran mata selain ingin mengekalkan kedudukan dalam kelompok terbaik Liga Super 2022 yang hanya berbaki beberapa perlawanan sahaja lagi.

Ketua Jurulatih Sabah Datuk Ong Kim Swee berkata,  tempoh rehat yang lama dapat memberi peluang untuk pasukannya memperbaiki kelemahan yang ada.

“Justeru, saya berharap apabila kita bermain dengan Terengganu FC Sabtu ini, kita berjaya mendapatkan keputusan yang positif dimana ini penting kerana kita tidak boleh lagi keciciran mata untuk mengekalkan tempat kedua ataupun dalam kelompok yang terbaik.

“Meskipun tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan lalu sudah tentu akan memberi sedikit impak yang cukup berkesan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Kim Swee berkata, beliau telah menganalisa dan berlatih seperti mana yang diinginkan sebelum bermain dengan Terengganu.

“Saya harap semua pemain berada dalam tahap terbaik untuk memberikan persembahan yang lebih sempurna seperti mana yang kita tunjukkan sebelum-sebelum ini,” katanya.

Tiga perlawanan sebelum ini, Sabah hanya mencatat keputusan seri menentang Kedah (1-1); Kuala Lumpur (2-2) dan kalah pada Selangor (2-3).

Sabtu ini Sabah akan menentang Terengganu FC di Stadium Mizan Zainal Abidin dan selepas itu Sabah akan bertemu Penang FC (7 Okt); Sri Pahang FC (11 Okt) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC pada 15 Oktober.

Dalam pada itu, Kim Sweet berkata, ada ketika ini hanya pemain import Jose Embalo sahaja yang masih mengalami kecederaan.

“Kita mempunyai semua pemain yang cukup cergas untuk menggantikan tempat beliau dan sesiapa yang diturunkan saya harap dapat melaksanakan tugas dengan terbaik,” katanya.

Sabah FC pada ketika ini berada dikedudukan kedua memungut 36 mata  dibelakang JDT FC yang unggul dengan 43 mata.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya