HomeUtamaKonsep 'Nature Healing' sesuai dibangunkan di Taman Banjaran Crocker

Konsep ‘Nature Healing’ sesuai dibangunkan di Taman Banjaran Crocker

Read Time:1 Minute, 2 Second

RANAU : Taman Banjaran Crocker berpotensi untuk dibangunkan sebagai satu pusat pelancongan berkonsepkan ‘Nature Healing’.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, ia berikutan taman ini terkenal dengan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna yang mampu memberi impak positif kepada seorang individu.

“Nature healing secara amnya bukanlah berfungsi menyembuhkan manusia tetapi manfaat yang berkaitan dengannya lebih kepada usaha mengurangkan tekanan dan kebolehan ruang untuk melegakan, menenangkan, untuk memberi nafas baru atau untuk memulihkan kesihatan mental dan emosi individu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi taklimat bersama staf Taman-Taman Sabah (TTS) di sini baru baru ini.

Jafry berkata, pelancongan berkonsepkan ‘Nature Healing’ ini akan menawarkan kepelbagaian khazanah alam semulajadi yang pastinya memberikan satu pengalaman yang sukar dilupakan oleh pengunjung.

“Ini adalah satu produk pelancongan berasaskan alam semulajadi dan pelancong boleh datang ke sini menikmati, melihat sendiri dan merasainya.

“Kementerian akan terus memberi perhatian kepada kawasan-kawasan serta tempat-tempat yang mempunyai nilai dan daya tarikan pelancongan, untuk diangkat sebagai produk pelancongan baharu yang boleh diketengahkan,” katanya.

Jafry berkata, antara langkah yang diambil ialah dengan memastikan keperluan ke atas pembangunan infrastruktur diberi keutamaan.

Tambahnya, Kementerian juga akan meneruskan usaha dalam mempromosikan tempat-tempat menarik dalam negeri ini yang mungkin belum diterokai orang ramai.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular