Read Time:25 Second
KUALA PENYU — Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) telah melancarkan secara rasmi inisiatif Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Inisiatif kerajaan ini adalah untuk mengeluarkan golongan kategori miskin dan miskin tegar daripada kepompong kemiskinan dan memastikan penyediaan rumah mampu milik untuk mereka.
Ketua Menteri Datuk Seri Haiji Noor berkata, pelancaran Rumah Mesra SMJ adalah bermakna kepada Kerajaan Negeri GRS-BN kerana ia juga bertepatan dengan ulang tahun dua tahunnya pentadbiran di teraju GRS-BN membentuk Kerajaan Negeri pada 29 Sept 2020.