HomeUtamaKYS lanjutkan Program Rebat Khas 25 peratus

KYS lanjutkan Program Rebat Khas 25 peratus

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) sekali lagi melanjutkan tempoh pembayaran bagi peminjam pengajian menerusi Program Rebat Khas 25 peratus selama tiga bulan bermula hari ini sehingga 31 Disember depan.

Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar berkata, program itu dilanjutkan susulan daripada sambutan yang amat menggalakkan daripada para peminjam.

“Sebelum ini, rebat 25 peratus hanya diberikan kepada para peminjam pengajian yang ingin memendekkan tempoh bayaran sekurang-kurangnya sebanyak 75 peratus daripada tempoh pembayaran balik yang ditetapkan.

“Kini melalui program rebat khas 25 peratus ini, para peminjam tanpa mengira tempoh pembayaran yang dipendekkan, layak mendapat rebat berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Gulamhaidar berkata, pihaknya berharap melalui program ini, KYS dapat mengutip lebih banyak pembayaran pinjaman pengajian KYS agar dapat mengumpul lebih banyak dana bagi meneruskan program tajaan pendidikan untuk pelajar pada masa akan datang.

Katanya, para peminjam yang berminat mestilah menandatangani surat akuan penerimaan rebat yang disediakan.

“KYS turut mempelbagaikan kemudahan pembayaran demi mempermudah para peminjam membuat pembayaran. Sepanjang program ini, para peminjam dapat melakukan pembayaran melalui pembayaran dalam talian.

“Para peminjam mempunyai pelbagai pilihan pembayaran digital, seperti aplikasi Maybank2u untuk pelanggan Maybank di samping perpindahan menggunakan telegraf dan JomPAY untuk pelanggan bank lain.

“Sebagai alternatif, kami juga menerima pembayaran yang dibuat melalui Arahan Tetap Bank, draf bank dan cek,” katanya.

Tambahnya, peminjam juga boleh mengunjungi kaunter pembayaran kami yang terletak di Aras 6, Menara Tun Mustapha, Teluk Likas atau Pejabat-pejabat Zon kami di Beaufort, Kota Marudu, Keningau, Sandakan dan Tawau,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Program Rebat Khas 25 peratus ini, orang ramai boleh melayari laman web Kumpulan Yayasan Sabah di http://www.yayasansabahgroup.org.my, melayari Facebook KYS-Kumpulan Yayasan Sabah, menghubungi 088-326300 (samb. – 1716, 1242 & 1246) atau emel kepada [email protected].

RELATED ARTICLES
Utama

Mencipta Masa Depan Gemilang untuk Semua Dalam Belanjawan 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular