HomeIsu tempatanMayat lelaki ditemui disyaki terkena renjatan elektrik

Mayat lelaki ditemui disyaki terkena renjatan elektrik

Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring di tepi tiang elektrik disyaki terkena renjatan elektrik dalam satu kejadian di tepi jalan Cemetery Reserve berdekatan Taman Flamingo Menggatal dekat sini semalam. (30 Sept)

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, dalam kejadian jam 5.45 petang semalam orang awam telah membuat panggilan MERS 999 mengenai penemuan mayat di lokasi berkenaan.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati bahawa mayat seorang lelaki yang berumur lingkungan 30’an dijumpai berada dalam keadaan terbaring di tepi tiang elektrik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di tepi jalan Cemetery Reserve berdekatan Taman Flamingo Menggatal.

“Pihak SESB telah dimaklumkan dan sampai ke tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan di sekitar kawasan bagi memastikan keadaan selamat sebelum pemeriksaan dan tindakan lanjut dibuat,” kata Mohd Zaidi dalam kenyataannya hari ini.

Menurutnya, berdasarkan keadaan mayat, dipercayai kematian berlaku melebihi 24 jam. Hasil pemeriksaan awal pada mayat mangsa disyaki mangsa mati akibat telah terkena renjatan elektrik.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan tubuh badan mangsa tidak menjumpai dokumen pengenalan diri dan tiada sebarang kecederaan luka pada mangsa untuk dikaitkan dengan sebarang unsur jenayah setakat ini serta tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.

“Seterusnya mayat mangsa dihantar ke bahagian Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu bagi menjalankan bedah siasat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular