HomeUtamaIstiadat perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT Sabah meriah

Istiadat perbarisan Hari Jadi Rasmi TYT Sabah meriah

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 58 kontinjen terdiri daripada pelbagai kategori mengambil bahagian dalam upacara Istiadat Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi ke-69 Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Padang Merdeka Kota Kinabalu di sini pagi tadi.

Antara kontinjen yang terlibat adalah daripada Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Rasmi; Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO); Persatuan Entik Sabah; Swasta serta Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi.

Istiadat perbarisan bermula seawal jam 7.10 pagi apabila sebanyak 41 buah kontinjen bagi kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam Rasmi mula memasuki Padang Merdeka.

Sejurus selepas itu, acara diteruskan dengan Tabik Hormat DiRaja daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu DiRaja kepada Tun Juhar kira-kira jam 8 pagi.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku yang dimainkan Tambor Tentera Darat Malaysia (TDM) berserta tembakan meriam sebanyak 17 das daripada Rejimen Ke-6 Artileri Diraja yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Kharul Azmi Mohamed

Acara diteruskan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Tun Juhar dan kemudiannya memeriksa Perbarisan Kontinjen yang mengambil bahagian sambil diiringi oleh Panglima 5 Divisyen dengan menaiki kenderaan Istiadat.

Hadir sama pada upacara istiadat itu Isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta Isteri, Datin Seri Juliah Salag serta menteri kabinet Kerajaan Negeri dan Persekutuan

Majlis diserikan lagi dengan acara Persembahan Khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) yang turut menampilkan Ikon Budaya yang menjadi kebanggaan Negeri Sabah serta persembahan koir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Selesai majlis istiadat perbarisan di Padang Merdeka, majlis diteruskan dengan upacara Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu.

Seramai 1,407 penerima akan menerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulang tahun Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Antara penerima ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan bekas Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Illiyas Ibrahim.

Pada malam ini, turut diadakan adalah Majlis Makan Malam Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya