HomeUtamaPelan Strategik Pembugaran USIA bakal dilancarkan

Pelan Strategik Pembugaran USIA bakal dilancarkan

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bakal melancarkan Pelan Strategik Pembugaran USIA pada 15 Oktober ini.

Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad berkata, pelan yang dirangka itu adalah seiring dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“USIA akan melancarkan Pelan Strategik Pembugaran USIA pada 15 Oktober ini dan dijangka akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Semoga kesatuan fikrah dalam pelan strategik ini akan mendapat sokongan semua pihak untuk mengembalikan kegemilangan USIA khususnya dalam dunia dakwah dan tarbiyah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di pejabat di Menara Kinabalu di sini baru-baru ini.

Turut sama dalam kunjungan itu barisan kepimpinan tertinggi USIA.

Dalam kunjungan itu, Sapawi menyerahkan surat jemputan kepada Hajiji untuk melancarkan Pelan Strategik Pembugaran USIA.

Sapawi berkata, pada sebelah pagi hari pelancaran, USIA akan mengadakan program Wacana Pemikir 1.0 bagi membincangkan Fiqh Media Sosial bertajuk `Media Sosial vs Dakwah’.

Wacana itu akan disampaikan oleh Prof Madya Dr. Ts Nur Izura Udzir dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Beliau juga merupakan Pengerusi SALWA dan Naib Presiden WADAH.

Dalam pertemuan itu, Sapawi memaklumkan pihaknya turut membincangkan beberapa perkara penting untuk mendapatkan sokongan dan perkenan Ketua Menteri untuk kemaslahatan USIA secara menyeluruh.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Sabah sedia pelbagai bantuan pendidikan, pastikan rakyat mampu bersaing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular