HomeIsu tempatanPersatuan Teksi KKIA mohon bantuan one-off RM1,000 dari kerajaan

Persatuan Teksi KKIA mohon bantuan one-off RM1,000 dari kerajaan

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Sabah memohon bantuan secara one-off sebanyak RM1,000 daripada kerajaan menjelang Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Pengerusinya, Shamsudin Mohd Sah berkata, bantuan berkenaan akan dapat membantu ahli-ahlinya yang terkesan dengan keadaan ekonomi merundum ketika ini.

Katanya, ramai dalam kalangan pemandu yang masih lagi terpaksa menanggung hutang akibat pandemik Covid-19 selama dua tahun sebelum ini.

“Pada masa ini semuanya mahal, harga barang naik mendadak tanpa kawalan dan ditambah lagi dengan keadaan negara ketika ini yang masih belum pulih sepenuhnya daripada pandemik Covid-19.

“Ia sudah tentu membebankan kami yang mendapat pendapatan secara tidak menentu setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, sekiranya bantuan ini diberikan sekali lagi, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos operasi harian serta meringankan sedikit bebanan mereka.

Katanya, kali terakhir mereka menerima bantuan sebanyak RM1,000 daripada kerajaan adalah pada tahun 2020.

“Kami sekali lagi merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan keluarga Malaysia agar dapat mempertimbangkan sekali lagi bantuan one-off kepada setiap pemandu teksi di sini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular