HomeIsu tempatanProgram 'Kita Demi Negara' beri pendedahan tentang keselamatan negara

Program ‘Kita Demi Negara’ beri pendedahan tentang keselamatan negara

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU : Program ‘Kita Demi Negara’ Zon Sabah yang diadakan selama dua hari sehingga esok mampu memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan dan tanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara.

Acara yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta Kompleks Sukan Likas itu turut dimeriahkan dengan pelbagai pameran daripada jabatan dan agensi keselamatan yang bernaung dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Turut sama mengadakan pameran adalah jabatan dan agensi kerajaan serta jualan makanan.

Selain itu, pelbagai program lain dan perkhidmatan menarik turut disediakan kepada para pengunjung yang hadir.

Antaranya termasuklah diskaun saman 50 peratus oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), perkhidmatan ‘Mobile’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Program Jualan Murah #KeluargaMalaysia.

Orang ramai yang berminat turut berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Sahabat Kita Demi Negara.

Tinjauan ke tapak program mendapati, orang ramai mula hadir seawal jam 8 pagi.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok, Siti Zalia Abdul Basil,16, berkata, beliau datang ke program berkenaan bersama rakan dan rombongan sekolahnya.

Siti Zalia Abdul Basil (Kanan) dan Karina Mohd Nasser (kiri)

“Kami dapat tahu program ini pada Rabu lalu apabila dimaklumkan oleh pihak sekolah.

“Bagi saya program ini sangat menarik kerana ianya dapat memberi maklumat baharu khususnya yang berkaitan keselamatan,” katanya.

Bagi rakannya, Karina Mohd Nasser,16, mengakui tertarik dengan pameran-pameran yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

Katanya yang turut  kepada masyarakat khususnya golongan muda untuk sama-sama hadir seterusnya memeriahkan lagi program ini.

“Bagi saya, antara yang menarik perhatian adalah pameran daripada Polis, ini adalah kali pertama saya melihat sendiri peralatan senjata yang dipamerkan.

“Kepada mereka di luar sana, boleh datang berkunjung ke program ini kerana banyak manfaat dan ilmu yang boleh diperolehi,” katanya.

Turut diadakan pada program itu adalah sesi dialog dan pertunjukkan keselamatan daripada jabatan dan agensi yang terlibat.

Program itu dijangka akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor esok.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya