HomeIsu tempatanSabah kutip 3 emas di 2nd National Para Circuit

Sabah kutip 3 emas di 2nd National Para Circuit

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Memanah Para Sabah pulang dengan tiga pingat emas, dua perak dan dua gangsa selepas menamatkan saingan di 2nd National Para Circuit yang berlangsung selama lima hari bermula 29 September hingga 3 Oktober lalu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam acara Kategori 2 pula, dua pingat emas diperoleh daripada Mohammad Amirul Ikhwan Jusneh,16, dan Nur Iman Tukiman,15, kedua-duanya pelajar SMK Inanam, Inanam. Manakala Arthur Sinabil,17, dari SMK Lohan Ranau memperoleh pingat gangsa.

Manakala kategori 1, Fredoline Modius memenangi pingat perak dalam acara Recurve Individual lelaki. Pingat emas ketiga disumbangkan dalam acara compound berpasukan lelaki Mohd Shukri Akumin dan Ramdi Rahimin.

Menurut Ketua Jurulatih Memanah Sabah, Paul Leong, belum tiba masanya untuk meraikannya kerana kejohanan utama hanya tinggal tiga minggu lagi.

“Beberapa isu perlu ditangani seperti penggantian peralatan, latihan intensif dan ceramah motivasi,”katanya.

Sementara, Presiden Persatuan Sukan Dan Rekreasi Untuk Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PESRON) Tan Hwa Koon gembira dengan persembahan atlet tersebut dan menggesa mereka untuk mengekalkan momentum untuk sukan Para SUKMA XX 2022 tidak lama lagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular