HomeIsu tempatanGiatMARA lahirkan graduan berkemahiran dan berkeyakinan tinggi

GiatMARA lahirkan graduan berkemahiran dan berkeyakinan tinggi

Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: GiatMARA banyak melahirkan graduan yang berkemahiran selain meningkatkan keyakinan diri sama ada dalam memantapkan gerak kerja pekerjaan yang sedia ada ataupun yang baru memulakan bidang perniagaan.

Graduan GiatMARA Putatan, Anita Mohd Kastolani, 49, berkata, beliau sangat berpuashati selama enam bulan pada tahun 2019 mengikuti kursus Hiasan Dalaman, menjahit langsir yang ditawarkan di GiatMARA Putatan.

“Walaupun saya seorang ibu bekerjaya, juga surirumah kepada suami dan anak-anak tetapi saya tidak lepaskan peluang mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan oleh GiatMARA, saya amat berminat dalam bidang jahitan tapi saya tiada keyakinan untuk mengambil tempahan pelanggan kerana bimbang sekiranya jahitan saya tidak cantik,” katanya ketika ditemui Sabah Media selepas menerima Sijil Anugerah Eksekutif GiatMARA Malaysia (SAEGM) di Dewan Sa’adah, Wisma Muis di sini semalam.

Anita yang juga seorang Guru Tadika di Taman Lok Kawi berkata, dia tidak menyangka mendapat pengiktirafan dan terpilih antara penerima Sijil Anugerah Eksekutif GiatMARA Malaysia dan ia adalah hasil tunjuk ajar yang berkesan oleh tenaga pengajar disitu.

“Pada masa yang sama dengan pengiktirafan ini, kini saya berasa lebih yakin untuk menerima tempahan jahitan kerana saya telah diajar dengan cara yang betul semasa menjalani kursus dalam bidang ini,” kata Anita yang berasal dari Perak dan telah menetap di Sabah selama 20 tahun bersama suami dan tiga orang anak.

Beliau juga turut menyarankan khususnya kepada belia-belia supaya mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh GiatMARA kerana bukan sahaja mendapat kemahiran tetapi juga meningkatkan keyakinan diri untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau bidang perniagaan.

Majlis Graduasi GiatMARA 2022 Sabah.

Sementara itu, seramai 1,432 graduan yang hadir menerima Sijil Anugerah Eksekutif GiatMARA Malaysia (SAEGM) dan Siji Professional GiatMARA (SPGM) pada Majlis Graduasi GiatMARA 2022 Peringkat Negeri Sabah pada Rabu.(5 Okt)

Majlis perasmian dan penyampaian sijil disempurnakan oleh ketua Pengawai Eksekutif GiatMARA Malaysia Dato’ Jabar Azman Jaafar.

Jabar berkata, jumlah 1,432 graduan yang hadir untuk menerima sijil mereka adalah dari 4,221 graduan yang tamat pengajian dan dihimpunkan tiga tahun sesi majlis graduasi iaitu dari sesi 2019, 2020 dan 2021.

Sesi majlis graduasi itu berlangsung selama dua hari bermula 5 hingga 6 Oktober 2022.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular