HomeIsu tempatanPKK lantik 51 ahli panel anggotai Panel Penasihat Industri

PKK lantik 51 ahli panel anggotai Panel Penasihat Industri

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Seramai 51 individu terdiri dari pelbagai sektor telah dilantik menganggotai Panel Penasihat Industri Politeknik Kota Kinabalu (PKK) bagi tahun 2022.

Mereka yang dilantik terdiri daripada ahliakademik, kejuruteraan, keusahawanan serta pelancongan dan hospitaliti.

Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat, Datuk Awang Buhtamam Awang Mahmun berkata, pelantikan itu adalah bertujuan untuk mewujudkan platform kepada para panel menyumbangkan idea dan cadangan penambahbaikan sistem pengajaran serta pembelajaran PKK.

“Melalui program ini, kita dapat memastikan sistem di PKK kekal relevan, berkualiti dan menepati keperluan pihak industri.

“Daripada 51 panel yang dilantik, 11 merupakan lantikan baharu, 33 panel lama sementara tujuh lagi merupakan ahli panel yang diperbaharui keahlian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Jawatankuasa Panel Penasihat Industri Bagi Program Pengajian di PKK di sini, kelmarin.

Awang Buhtamam turut yakin dan percaya gabungan pakar industri dan akademik akan membuahkan hasil yang produktif sekaligus melahirkan graduan berkualiti.

Katanya yang juga Pengerusi Penasihat Industri PKK yakin bahawa program pengajian di PKK masih relevan berikutan kadar kebolehpasaran graduan PKK mencapai 89.8 peratus pada tahun 2021.

Dalam majlis berkenaan, Awang Buhtamam turut menyampaikan Watikah Pelantikan kepada panel-panel yang dilantik.

Hadir sama, Pengarah PKK, Dullah Muluk, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik PKK, Ts. Noranazizi Abdullah dan Ketua Unit Industri Korporat Dan Kebolehpasaran PKK, Ts. Dr. Jason William Vitales.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

QSB terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular