HomeUtamaAgong perkenan batal proklamasi darurat di dua Parlimen dan satu Dun

Agong perkenan batal proklamasi darurat di dua Parlimen dan satu Dun

Read Time:54 Second

CYBERJAYA — Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan proklamasi darurat di tiga kawasan Parlimen iaitu Parlimen Gerik, Batu Sapi dan Dun Bugaya. 

Menurut Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 3) (Pembatalan) 2022 dimasyhurkan oleh Seri Paduka menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. 

Jelas warta itu, pemasyhuran pembatalan proklamasi darurat itu dilaksanakan di Istana Negara, semalam. 

Pada 12 Disember 2020, Seri Paduka di bawah Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan berkenan mengeluarkan suatu proklamasi darurat yang dinamakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2020 di Parlimen dan Dun itu. 

Langkah itu diambil disebabkan oleh suatu darurat besar berlaku yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam iaitu wabak Covid-19 untuk mengekang sebarang pilihan raya kecil diadakan di Parlimen berkenaan. 

Dalam pada itu, pembatalan proklamasi darurat itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum diadakan.

Difahamkan, pembatalan proklamasi darurat perlu dilaksanakan supaya pilihan raya dapat diadakan di tiga Parlimen itu seiring dengan PRU15

RELATED ARTICLES
Utama

Laluan berhampiran Menara Kinabalu ditutup sebahagian 31 Disember ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular