HomeUtamaPerkampungan Kraf PKS bakal jadi tarikan pelancongan baharu di Keningau

Perkampungan Kraf PKS bakal jadi tarikan pelancongan baharu di Keningau

Read Time:41 Second

KENINGAU : Perkampungan Kraf Pusat Kraftangan Sabah (PKS) bakal menjadi satu mercu tanda tarikan pelancongan terbaharu di daerah Keningau.

Pengarah Yayasan Sabah Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar berkata, Program Perkampungan Kraf  (PKK) merupakan salah satu daripada komponen dalam Program Rural Integrated Craft Heritage (RICH).

Katanya, PKK itu dikendalikan Pusat Kraftangan Sabah di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah yang memfokuskan ke arah pemantapan nilai-nilai usahawan dalam diri para peserta PPK.

“Dengan adanya Perkampungan Kraf tersebut, para usahawan kraf seliaan Pusat Kraftangan Sabah dapat mempromosi dan menjual kraf tangan etnik masing-masing,” katanya,

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pembukaan Perkampungan Kraf di Pusat Kraftangan Sabah, Keningau di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Abdul Halim Hamzah.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya