HomePolitikGRS-BN mahu elak situasi politik di Semenanjung, fokus pembangunan untuk rakyat

GRS-BN mahu elak situasi politik di Semenanjung, fokus pembangunan untuk rakyat

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk bekerjasama pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi mengelak berlaku pertembungan yang dilihat tidak memberi kebaikan kepada rakyat.

Setiausaha GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kata sepakat itu turut dicapai kerana GRS-BN tidak mahu terbabit sama dengan situasi politik yang berlaku di Semenanjung pada masa ini.

“Pimpinan BN termasuk Datuk Bung (Moktar) serta Ketua Menteri juga sudah mengumumkan kerjasama BN dan GRS pada PRU-15. Di Sabah ini kita tidak mahu terlibat dengan apa juga politik yang berlaku di Semenanjung.

“Kita di Sabah mahu memberi fokus kepada pembangunan dan kerana itu kita mahu mengelakkan pertembungan politik yang tidak membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pecah tanah sebuah projek perumahan di Beaufort, di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasneh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas kerjasama di antara GRS dan BN yang sebelum ini disahkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kerjasama untuk menghadapi PRU-15 itu, sebelum ini turut diumumkan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Masidi berkata, rundingan kedua-dua pihak adalah untuk menentukan agihan kerusi yang adil dan saksama.

Katanya, persoalan utama yang dibincangkan bukan hanya jumlah kerusi tetapi untuk menonjolkan calon bersama yang diyakini boleh membawa kemenangan.

“Setakat ini hampir 90 peratus isu kita gariskan tetapi soalnya bukan berapa (kerusi), soalnya ialah kita harus menonjolkan calon bersama yang mempunyai kebarangkalian paling tinggi untuk menang, bukan soal GRS atau BN,” katanya.

Kerjasama di antara GRS dan BN Sabah sebelum ini menjadi persoalan memandangkan komposisi GRS terdiri daripada komponen parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang menjadi seteru BN di peringkat Pusat tetapi sama-sama membentuk kerajaan di peringkat negeri.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Electricity hargai peranan media salur maklumat berkaitan bekalan elektrik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular