HomeUtamaBajet 2023 : Beri fokus bantuan pemulihan pelancongan, PKS di Sabah

Bajet 2023 : Beri fokus bantuan pemulihan pelancongan, PKS di Sabah

Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan diharap dapat memberi fokus kepada bantuan pemulihan kepada sektor pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) khususnya di Sabah menerusi Bajet 2023.

Pengerusi Setia Bakti Anak Sabah Irwanshah Mustapa berkata, ini kerana sektor pelancongan merupakan tunjang dan penyumbang utama kepada sumber pendapatan negara khususnya di negeri ini.

“Justeru itu, sektor ini harus diberikan keutamaan bagi merancakkan dan menstabilkan lagi ekonomi negeri Sabah.  Selain itu saya juga berharap agar Bajet 2023 kali ini dapat mempertimbangkan agar kadar harga rumah (sektor hartanah) dapat diturunkan.

Pengerusi Setia Bakti Anak Sabah Irwanshah Mustapa

“Seperti yang kita maklum Sabah adalah antara negeri yang termahal di Malaysia jika hendak membeli atau memiliki rumah. Oleh itu berapa ramai yang mampu untuk membeli rumah pada masa ini di Sabah.

“Selain daripada harga, saya juga berharap Bajet 2023 ini dapat melonggarkan syarat pemilikan rumah agar orang ramai dapat memiliki rumah. Saya memohon juga agar lebih banyak skim perumahan rakyat seperti perumahan PPR kos rendah dapat terus dibina untuk kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan juga perlu mempunyai mekanisme atau kaedah-kaedah untuk mengawal bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat dalam bajet 2023.

Katanya, ia termasuklah memperkenalkan lebih banyak subsidi keatas barangan keperluan harian agar harga barangan kekal murah khususnya pada zaman kemelesetan ekonomi yang dijangka akan menjejaskan penduduk global pada 2023 secara umunya.

“Disudut yang lain saya juga berharap Negeri Sabah akan mendapat lebih banyak peruntukan pada bajet kali ini. Sabah merupakan antara wilayah yang jauh ketinggalan berbanding wilayah lain seperti Malaya mahupun wilayah jiran kita iaitu Sarawak.

“Diharap Bajet 2023 ini adalah satu bajet ‘berangkakan’ dan mencerminkan yang Sabah itu adalah sebuah wilayah daripada tiga wilayah di Malaysia dan sewajarnya diberikan lebih banyak perhatian khususnya dari segi pembangunan.

“Justeru itu, kita berharap bajet kali ini bukan sahaja sekadar bajet yang bersifat “sementara” tapi kita mahukan satu bajet yang mempunyai kesan besar, bersasar, bermakna dan berjangka panjang agar pembangunan yang maksima dapat dikecapi oleh rakyat negeri Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pelancongan Pantai Barat Sabah Azami Bongsu berharap agar Kerajaan dapat terus mempertimbangkan geran bagi melaksanakan aktiviti atau program pembangunan pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Pantai Barat Sabah Azami Bongsu

“Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai pelbagai daya tarikan kepada pelancong luar mahupun dalam negeri selain kebudayaan dan adat resam yang begitu unik di Malaysia.

“Sudah pasti, para pengusaha pelancongan, badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelancongan serta agensi pelancongan akan terus mengambil inisiatif agar industri ini terus maju di Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas ditemui lemas semasa memukat di pantai Kuala Putatan 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya