HomeIsu tempatanSPRM tahan 2 individu palsukan dokumen kontrak kantin sekolah

SPRM tahan 2 individu palsukan dokumen kontrak kantin sekolah

Read Time:42 Second

SANDAKAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan dua individu kerana disyaki memalsukan dua dokumen penting bagi mendapatkan kontrak pengendalian kantin sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini bagi tempoh antara tahun 2020 hingga 2021.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang bekerja sendiri dan wanita berusia 20-an yang juga pemilik syarikat telah ditahan di Pejabat SPRM Sabah Cawangan Sandakan kira-kira jam 9.40 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Katanya, hasil daripada pemalsuan dokumen tersebut, kedua-dua suspek telah memperoleh tender kantin sekolah membabitkan nilai kontrak kira-kira RM30,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 471 dan 109 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya