HomeIsu tempatanPolis tahan penganggur miliki 2kg syabu

Polis tahan penganggur miliki 2kg syabu

Read Time:48 Second

BERNAMA

TAWAU: Seorang penganggur ditahan bersama 2.01 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM120,000 di simpang Taman Megah Jaya 10 di sini, pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika sedang memandu kereta dan pemeriksaan yang dijalankan menemukan dua bungkus plastik berisi serbuk disyaki dadah yang disembunyikan di bawah tempat duduknya.

“Ketika kejadian kereta suspek cuba ditahan untuk pemeriksaan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Tiku di sini pada 7.30 malam, namun dia memecut keretanya sebelum polis bertindak mengejar kereta tersebut dan berjaya ditahan kira-kira lima minit kemudian,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Katanya, lelaki tersebut yang tidak memiliki rekod jenayah serta negatif ujian air kencing, direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan dan polis masih mengenal pasti sumbernya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular