HomeIsu tempatanKomuniti maritim dinasihatkan berwaspada dengan fasa peralihan monsun

Komuniti maritim dinasihatkan berwaspada dengan fasa peralihan monsun

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Komuniti maritim khususnya di Sabah dinasihatkan agar sentiasa berada dalam keadaan berwaspada berikutan negara kini sedang dalam fasa peralihan monsun.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, fasa peralihan monsun dijangka akan bermula pada 3 Oktober hingga November depan.

Katanya, keadaan ini akan menyebabkan kejadian hujan serta ribut petir yang lebih kerap terutamanya di kawasan timur Sabah dan disusuli dengan Monsun Timur Laut yang akan bermula pada bulan November depan dan dijangka berakhir pada Mac 2023.

“Keadaan ini akan menyebabkan air pasang besar serta laut bergelora. Kawasan timur Sabah merupakan antara kawasan yang dijangka bakal terkesan dengan keadaan tersebut.

“Berdasarkan ramalan kaji cuaca mendapati seluruh bahagian di Sabah dijangka menerima taburan hujan di paras perata kecuali di Kudat dan Sandakan yang mana taburan hujan sedikit melebihi paras purata pada bulan November dan Disember ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rosli berkata, komuniti maritim adalah dinasihatkan untuk peka dengan amaran yang telah dan akan dikeluarkan oleh pihak keselamatan dari masa ke masa.

Katanya, pemakaian jaket keselamatan hendaklah diberi perhatian agar dapat mengurangkan sebarang risiko yang bakal berlaku.

“Komuniti maritim juga diingatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri, memaklumkan kepada keluarga tujuan ke laut serta lokasi bagi memastikan bot selamat untuk digunakan dan sentiasa peka pada cuaca semasa.

“Sebarang kemalangan yang berlaku di laut komuniti diminta untuk terus menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ditalian 088- 387774 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular