HomeIsu tempatan30 'hotspot' banjir dikenal pasti, APM Sabah siap siaga hadapi fasa peralihan...

30 ‘hotspot’ banjir dikenal pasti, APM Sabah siap siaga hadapi fasa peralihan MTL

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah telah bersiap siaga bagi menghadapi fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL) November ini.

APM Sabah dalam satu kenyataan berkata, Sabah adalah antara negeri yang menerima taburan hujan pada paras purata di antara 100mm hingga 400mm yang dijangka berakhir pada Mac 2023.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 30 lokasi ‘hotspot’ banjir turut dikenal pasti melibatkan 667 kawasan di seluruh negeri Sabah.

“APM Sabah menyediakan 41 Bilik Gerakan yang beroperasi selama 24 jam sehari melibatkan satu Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON), 27 Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) dan 13 Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU) seluruh Sabah.

“Semua petugas telah bersiap sedia bagi menghadapi fenomena MTL dengan menggerakkan seramai 3,314 anggota mahir dan terlatih dari segi fizikal dan mental,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Bagi melancarkan operasi menyelamat, APM Sabah juga turut bersiap sedia dengan sejumlah aset yang telah diselenggara sepenuhnya.

Antaranya ialah Light Rescue Vehicle (LRV) sebanyak 26 Unit, Medical Rescue Vehicle (MRV) 16 unit, Heavy Rescue Vehicle (HRV) 16 Unit dan bot pelbagai saiz sebanyak 111 unit.

“Begitu juga dengan 345 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan kapasiti seramai 131,330 siap untuk beroperasi,” kata kenyataan itu.

APM Sabah akan sentiasa memberikan info terkini berkaitan situasi semasa bencana dan berharap orang awam terutama penduduk Kawasan berisiko sentiasa cakna berikutan fenomena MTL ini.

KAWASAN ‘HOTSPOT’ BANJIR DIKENAL PASTI

1.Tuaran (37)
2. Tongod (17)
3. Tenom (23)
4. Telupid (26)
5. Tawau (6)
6. Tambunan (2)
7. Sandakan (3)
8. Sipitang (45)
9. Ranau (3)
10. Putatan (2)
11. Pitas (23)
12. Penampang (36)
13. Papar (25)
14. Nabawan (3)
15. Lahad Datu (3)
16. Kunak (3)
17. Kudat (26)
18. Kuala Penyu (12)
19. Kota Marudu (55)
20. Kota Kinabalu (53)
21. Kota Belud (17)
22. Kinabatangan (21)
23. Keningau (11)
24. Kalabakan (3)
25. Daerah Kecil Tamparuli (3)
26. Daerah Kecil Paitan (115)
27. Daerah Kecil Menumbok (9)
28. Daerah Kecil Membakut (21)
29. Beluran (4)
30. Beaufort (60)

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular