HomeEkonomiHibiscus Petroleum bayar tunggakan cukai RM 85.7 Juta kepada kerajaan Negeri -...

Hibiscus Petroleum bayar tunggakan cukai RM 85.7 Juta kepada kerajaan Negeri – Masidi

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU — Satu syarikat Petroleum  yang sebelum ini enggan membayar tunggakan cukai Jualan Negeri (SST) kerana mendakwa mereka beroperasi di luar wilayah Persekutuan Labuan, dilaporkan telah pun membayar cukai berkenaan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Memetik laporan media, Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun Sabah mengesahkan Syarikat Hibiscus Petroleum telahpun membayar cukai tertunggak RM85.7 juta berkenaan.

“Mereka telah membayar kami,” katanya menurut beberapa laporan portal berita.

Syarikat itu yang sebelum ini enggan membayar tunggakan cukai berkenaan kerana mendakwa mereka tidak tertakluk kepada cukai jualan negeri Sabah kerana ia menjual minyak mentahnya di Terminal Minyak Mentah Labuan (LCOT) yang berada di luar bidang kuasa dan kedaulatan Sabah.

Kerajaan negeri sebelum ini berkata mereka akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap dua syarikat minyak dan gas yang gagal membayar cukai jualan negeri (SST) bagi penjualan produk petroleum.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, memandangkan kedua-dua syarikat itu gagal mematuhi notis arahan yang dikeluarkan maka, kerajaan akan meneruskan tindakan mengikut Perlembagaan dan bidang kuasa negeri yang ada dan berkata langkah itu adalah mengikut Enakmen Cukai Jualan Negeri 1988.

“Untuk rekod, kedua-dua REPSOL dan SEAH telah memohon kepada Kementerian Kewangan (Sabah) dan kemudiannya dikeluarkan dengan lesen yang diperlukan sebagai ‘orang kena cukai’ menurut Peraturan Cukai Jualan Negeri 1999.

“Oleh itu, kerajaan negeri secara mutlak menyangkal dakwaan atas dasar REPSOL dan SEAH enggan membuat pembayaran SST dan telah pun menuntut pembayaran yang sama,”

“Kerajaan negeri Sabah berhak untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan perlu mengikut kuasa, pihak berkuasa dan bidang kuasa negeri,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya