HomePolitikPRU-15: GRS Sabah Guna Logo Sendiri, Bukan PN

PRU-15: GRS Sabah Guna Logo Sendiri, Bukan PN

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU — Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan tetap menggunakan logo gabungan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), walaupun ia menjadi parti komponen yang membentuk Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan portal Getaran , Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Jeffrey Kitingan dan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, logo GRS akan digunakan biarpun Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan, supaya semua parti dalam gabungan itu menggunakan logo sama pada PRU-15.

Kedua-dua pemimpin itu adalah Naib Presiden PN yang juga Timbalan Pengerusi GRS.

GRS ditubuhkan bagi menggantikan PN selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun 2020 dan gabungan itu terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)  Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), SAPP, STAR serta Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Dalam pada itu, memetik laporan The vibes sama ada logo PN akan digunakan GRS, Jeffrey sekadar menjawab ‘tidak’.

Jawapan sama diberikan Teck Lee.

“Di Sabah, kami menggunakan logo GRS,” katanya.

Semalam, Muhyiddin ketika mengulas mengenai gesaan Exco PAS Terengganu, Ariffin Deraman supaya mengecualikan Terengganu, Kelantan dan Kedah daripada menggunakan logo PN berkata, beliau lebih berminat menggunakan satu logo sahaja.

“Kita akan berbincang lebih lanjut. Tetapi secara peribadi, saya lebih suka menggunakan satu logo kerana sebelum ini, kami menggunakan logo itu pada PRN dan ternyata okay,” katanya.

Bagaimanapun kenyataan Muhyiddin itu menimbulkan persoalan sama ada penggunaan logo PN terpakai ke atas parti di Sabah.

Sementara itu, penganalisis politik, Lee Kuok Tiung berkata, beliau percaya kenyataan Muhyiddin hanya merujuk kepada parti di Semenanjung, bukan Sabah dan Sarawak.

“Muhyiddin sudah memberi lampu hijau kepada Sabah untuk membentuk gabungan GRS dan ini bermakna parti komponennya dibenar menggunakan logo mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata, PAS Sabah bukan komponen sama ada GRS atau Barisan Nasional (BN) Sabah.

Namun, katanya, PAS Sabah sudah mencadangkan nama calon mereka kepada GRS, tetapi parti itu tidak menjangkakan mereka akan tersenarai pada PRU-15.

“Tetapi PAS Sabah berkemungkinan akan memberikan sokongan kepada BERSATU dan UMNO di Sabah,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya