HomeIsu tempatan20 rumah musnah dalam kebakaran di Kg Tanjung Kapur

20 rumah musnah dalam kebakaran di Kg Tanjung Kapur

Read Time:30 Second

KUDAT: Sebanyak 20 rumah musnah dalam kebakaran di Kg Tanjung Kapur di sini awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.28 pagi tadi (10 Okt) mengenai kebakaran tersebut.

“Pasukan Bomba terdiri daripada anggota dari Kudat dan Kota Marudu bergegas ke lokasi kejadian mendapati satu kebakaran melibatkan 43 buah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Seterusnya operasi pemadaman dijalankan, bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.

“Operasi terkawal dilaporkan pada jam 4.21 pagi dan ditamatkan pada jam 6.43 pagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular