HomeUtamaUMS terima masuk 4,576 pelajar baharu, mahu pelajar fokus pengajian

UMS terima masuk 4,576 pelajar baharu, mahu pelajar fokus pengajian

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Seramai 4,576 pelajar tempatan dan antarabangsa ditawarkan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi sesi akademik 2022/2023.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, daripada jumlah itu, seramai 4,553 merupakan pelajar tempatan manakala selebihnya adalah pelajar antarabangsa.

“UMS telah menawarkan tempat kepada pelajar tempatan dan antarabangsa seramai 4,576 orang dimana mengikut pecahan, seramai 2,770 pelajar berasal daripada Sabah.

“Manakala seramai 1,144 pelajar pula adalah berasal daripada Semenanjung; 582 pelajar daripada Sarawak dan 57 lagi berasal daripada Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar Baharu sempena Minggu Suai Mesra sesi 2022/2023 kali ke-28 di sini hari ini.

Dr Kasim berkata, UMS turut menawarkan tempat kepada pelajar antarabangsa iaitu seramai 23 orang melibatkan negara Bangladesh; Brunei; China; Hongkong; Japan; Thailand dan Malaysia.

Selain itu katanya, UMS turut menawarkan pengajian prasiswazah kepada golongan B40; orang kurang upaya (OKU); atlet sukan dan orang asli menerusi laluan khas kemasukan bagi sesi kali ini.

“Menerusi laluan khas kemasukan ini, seramai 2,480 pelajar adalah daripada golongan B40; lapan pelajar (OKU); lima atlet sukan dan lapan orang lagi merupakan pelajar orang asli.

“Hari ini adalah merupakan sesi pendaftaran kolej kediaman dan malam ini akan bermula sesi minggu suai mesra.  Secara rasmi pada Rabu ini kita akan mulakan majlis suai mesra bagi memastikan pelajar ambilan semester kali ini dengan kampus UMS,” katanya.

Sementara itu, Dr Kasim menyeru kepada semua pelajar untuk sentiasa membiasakan diri dengan lebih positif semasa berada di kampus selain fokus kepada pembelajaran selama tiga atau empat tahun.

“Saya yakin bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) akan memastikan mereka dalam keadaan selesa, kondusif dan kepada ibu bapa janganlah risau tentang keberadaan anak mereka di kampus.

“InsyaAllah kita akan memastikan bahawa mereka boleh tinggal di kampus dalam keadaan yang selesa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya