HomeIsu tempatan96 mangsa banjir di tempatkan di dua PPS

96 mangsa banjir di tempatkan di dua PPS

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di dua buah daerah di Sabah bagi menempatkan seramai 96 orang mangsa banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan berkata, antara PPS yang dibuka ialah di daerah Penampang dan Putatan.

“Bagi daerah Penampang, sebanyak sembilan Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 33 orang mangsa ditempatkan di Dewan Kebudayaan Penampang.

“Manakala di Putatan, sebanyak 10 KIR ditempatkan di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Keramat melibatkan 63 orang mangsa,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebuah PPS turut diaktifkan di daerah Kudat iaitu di Rumah Rehat Kerajaan daerah Kudat bagi menempatkan mangsa yang terkesan dengan insiden kebakaran awal pagi tadi.

Bagaimanapun pada ketika ini, proses pendaftaran mangsa masih dilaksanakan bagi memastikan jumlah mangsa yang terlibat.

Kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Tanjung Kapur awal pagi tadi mengakibatkan sebanyak 43 buah rumah musnah.

Sementara itu, seramai 76 mangsa terperangkap selepas rumah mereka di Kampung Ketiau dan Taman Sentosan Putatan dilanda banjir tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam semalam, seramai 73 individu membabitkan 10 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Komuniti Kospen Kampung Ketiau.

Manakala selebihnya iaitu tiga lagi mangsa dari Taman Sentosa Ketiau dibantu untuk berpindah ke rumah ahli keluarga di lokasi selamat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya