HomeUtamaKerajaan benarkan semula aktiviti eksport ayam hidup secara berfasa

Kerajaan benarkan semula aktiviti eksport ayam hidup secara berfasa

Read Time:1 Minute, 43 Second

PUTRAJAYA : Kerajaan akan membenarkan semula aktiviti mengeksport ayam hidup pedaging secara berfasa berkuatkuasa mulai esok.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata,  keputusan itu diambil berikutan bekalan ayam di pasaran tempatan yang mulai stabil pada suku tahun ketiga dengan kadar purata lebihan pengeluaran 1.8 juta ekor sebulan.

Katanya, eksport ayam hidup pedaging itu akan dimulai sebanyak 50 peratus atau 1.8 juta ekor ayam sebulan daripada jumlah keseluruhan sekatan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor ayam sebulan. 

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) akan terus memantau dengan rapat keadaan bekalan ayam dalam negara serta pelaksanaan pengeksportan ayam hidup pedaging yang akan melibatkan hampir 100 ladang pengeksport melalui mekanisme pemantauan yang telah dibangunkan. 

“Setiap ladang tersebut telah diberikan had kuantiti eksport berdasarkan data perancangan yang dikemukakan serta berlandaskan unjuran pengeluaran ayam bulanan yang perlu dipatuhi.

“Sekiranya didapati berlaku sebarang ketidakpatuhan terhadap arahan yang telah diberikan, kebenaran eksport ladang terlibat akan digantung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ronald berkata, ladang-ladang pengeksport juga tidak dibenarkan untuk menuntut subsidi untuk pengeluaran ayam bagi pasaran eksport.

Katanya, pemberian subsidi adalah khusus bagi memastikan ketersediaan dan kelangsungan bekalan ayam tempatan pada harga yang berpatutan untuk rakyat Malaysia. 

“Pada masa yang sama, larangan eksport untuk ayam bulat, keratan ayam dan anak ayam Day Old Chick (DOC) umur sehari ayam pedaging masih kekal berkuatkuasa. Kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanakan oleh MAQIS. 

“Keputusan bagi membenarkan semula eksport komoditi ayam sepenuhnya akan dibuat tertakluk kepada kedudukan bekalan ayam di pasaran tempatan serta pengeluaran di peringkat ladang.

“Larangan eksport komoditi ayam yang dibuat Kerajaan bermula 1 Jun 2022 adalah bersifat sementara untuk menjamin ketersediaan bekalan ayam dalam pasaran tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Ronald berkata, Kerajaan terus komited memastikan kelangsungan pengeluaran ayam negara berada pada tahap yang optimum, di samping mengekalkan segmen pasaran antarabangsa.

Katanya, adalah menjadi fokus utama Kerajaan untuk menjaga kelestarian industri ayam agar kekal mampan dan kukuh ke arah memastikan sekuriti makanan negara terjamin demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya