HomeUtama329 mangsa ditempatkan di tiga PPS di Sabah

329 mangsa ditempatkan di tiga PPS di Sabah

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Seramai 329 mangsa banjir dan kebakaran ditempatkan di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini yang telah dibuka sejak semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan berkata, antara PPS yang dibuka ialah Penampang; Putatan dan Kudat.

Menurut kenyataan itu juga, jumlah yang direkodkan sehingga jam 4 petang tadi adalah melibatkan sebanyak 64 buah Ketua Isi Rumah (KIR).

“Bagi daerah Penampang, sebanyak lima KIR melibatkan 26 mangsa masih ditempatkan di PPS Dewan Kebudayaan Penampang berbanding sembilan KIR pada tengah hari tadi.

“Manakala di Putatan, sebanyak sembilan KIR melibatkan 53 orang mangsa masih berada di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Keramat berbanding 10 KIR pada tengah hari tadi,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

JPBN berkata, bagi PPS Rumah Rehat Kerajaan daerah Kudat pula, seramai 250 mangsa melibatkan 50 buah KIR ditempatkan di PPS berkenaan.

PPS ini dibuka adalah bagi menempatkan mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Tanjung Kapur awal pagi tadi.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya