HomeUtamaMangsa dipindahkan ke PPS meningkat kepada 392 orang

Mangsa dipindahkan ke PPS meningkat kepada 392 orang

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Mangsa banjir dan kebakaran yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 392 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah dalam satu kenyataan berkata, sehingga jam 8 pagi tadi, semua mangsa terdiri daripada 86 Ketua Isi Rumah (KIR) masih ditempatkan di lima PPS.

Antara daerah yang terlibat dengan pembukaan PPS adalah Penampang; Putatan; Kudat; Papar; dan Beaufort.

Bagi daerah Penampang, seramai 20 orang mangsa melibatkan empat KIR ditempatkan di Dewan Kebudayaan Penampang.

“Di daerah Putatan pula, seramai 61 orang mangsa melibatkan 11 buah KIR masih ditempatkan di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Keramat sehingga jam 8 pagi tadi.

“Daripada lima PPS yang dibuka, sebuah PPS yang dibuka di Kudat adalah untuk menempatkan mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Tanjung Kapur baru-baru ini dan kesemua 250 mangsa melibatkanb 50 KIR ditempatkan di Rumah Rehat Daerah Kudat,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Antara PPS lain yang dibuka adalah di Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) Papar yang menempatkan seramai 10 mangsa melibatkan dua KIR.

Bagi daerah Beaufort pula, seramai 51 orang mangsa telah ditempatkan di Dewan Datuk Seri Panglima (DSP) Mohd Dun Banir melibatkan 19 buah KIR.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM Sabah tahan pasangan suami isteri bekas CEO & pengarah syarikat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular