HomePolitikPRU-15 : Tidak akan berlaku pertembungan dengan parti mesra GRS – Hajiji

PRU-15 : Tidak akan berlaku pertembungan dengan parti mesra GRS – Hajiji

Read Time:1 Minute, 5 Second

TUARAN : Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tidak akan berlaku pertembungan dengan parti yang mesra kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, parti-parti yang mesra dan menyokong GRS sebelum ini sudah dianggap sebagai rakan bersekutu GRS.

Antara rakan bersekutu GRS ialah Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Harapan Rakyat Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

“Parti-parti yang mesra kepada GRS sudah dianggap sebagai rakan bersekutu GRS iaitu satu perjuangan dalam gabungan ini. Cuma dalam perlembagaan mereka tidak boleh menentukan atau mengundi dalam GRS.

“Tetapi kita akan bersama-sama mereka untuk memastikan GRS ini sebagai satu parti yang kuat dan memberi apa juga peluang sepatutnya sama ada dalam pilihan raya atau apa juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Tahunan Perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tuaran di sini hari ini.

Rakan bersekutu GRS itu sebelum ini telah memohon untuk menyertai gabungan berkenaan namun belum diputuskan oleh Majlis Tertinggi GRS.

Malam ini Majlis Tertinggi GRS akan mengadakan mesyuarat tertutup bagi membincangkan pembahagian kerusi antara komponen GRS.

Pada ketika ini komponen GRS terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU); Parti Maju Sabah (SAPP); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular