HomeIsu tempatanMaritim Malaysia rampas 300 peledak bom ikan

Maritim Malaysia rampas 300 peledak bom ikan

Read Time:59 Second

KUDAT : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas sebuah bot pam tidak berdaftar yang melakukan aktiviti bom ikan di perairan Kudat, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil maklumat risikan, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan di perairan Pulau Lingkutan, Kudat pada jam lebih kurang 7.55 pagi, semalam.

“Menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia, bot terbabit bergerak laju menuju ke kawasan pesisir pantai dan kelihatan dua orang suspek bertindak terjun ke laut untuk melarikan diri setelah bot yang dinaiki tersangkut di kawasan cetek.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan berjaya menemui 300 peledak atau ‘detonator’ serta tiga gulungan sumbu yang disyaki digunakan untuk aktiviti mengebom ikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maurice berkata, bot ditahan dan dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat bagi siasatan lanjut.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah sebanyak RM17,000 dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

“Usaha mengesan pemilik serta pelaku sedang dijalankan. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes atau sebarang salah laku jenayah di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya