HomePolitikPRU-15 : Madius dinasihat tidak tanding semula di Tuaran

PRU-15 : Madius dinasihat tidak tanding semula di Tuaran

Read Time:1 Minute, 31 Second

TUARAN : Penyandang kerusi Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau dinasihatkan untuk tidak bertanding semula di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini kerana kemenangan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 adalah daripada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.

“Di Tuaran ini kita tidak tahu UPKO (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mahu bertanding lagi atau tidak kerana mantan wakil rakyat kita di sini dia sudah digugurkan jadi Presiden UPKO.

“Saya mahu rakyat kita di Tuaran agar tidak mengundi beliau lagi.  Kita tahu kemenangan beliau adalah daripada kawasan Sulaman termasuk sekarang DUN Pantai Dalit.

“Kita tahu kemenangan beliau adalah disebabkan kita, kalau bukan kita sudah lama beliau tersungkut di bumi Tuaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Tahunan Perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tuaran di sini hari ini.

Justeru Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, jika presiden UPKO itu berhasrat untuk mempertahankan semula kerusi Tuaran, beliau (Madius) pasti tersungkur.

Katanya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020, Madius juga kalah di tangan calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joniston Bangkuai.

“Kalau beliau bercita-cita lagi mempertahankan kerusi beliau yang beliau menang atas ihsan kita, saya nasihatkan beliau secara terhormat janganlah lawan di Tuaran lagi,” katanya.

Pada PRU-14, Madius bertanding di kerusi Parlimen Tuaran atas tiket Barisan Nasional (BN) seterusnya memenangi kerusi berkenaan atas sokongan pengundi BN di tiga DUN dalam kawasan Parlimen berkenaan.

Antara kawasan DUN pada ketika itu adalah Sulaman; Tamparuli dan Kiulu.

Madius pada ketika itu membawa UPKO keluar daripada gabungan BN menyebabkan BN Sabah hilang kuasa dan kemudian bekerjasama dengan Parti Warisan (WARISAN) untuk membentuk Kerajaan Negeri.

Tindakan Madius dan UPKO itu dianggap satu pengkhiatan kepada rakyat Tuaran dan menimbulkan kemarahan kepada pengundi di kawasan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya