HomeUtamaLelaki hilang 5 hari di hutan, ditemui selamat

Lelaki hilang 5 hari di hutan, ditemui selamat

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KIULU: Seorang lelaki dilaporkan hilang di hutan pada Selasa lalu telah ditemui selamat oleh penduduk kampung di sebuah kawasan kebun jarak 11 kilometer dari pos kawalan bomba (PKB) dekat lokasi kejadian di Kampung Kitapol dekat sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran PKPgB Abd Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 13 Oktober 2022, jam 3.00 petang terdapat seorang mangsa lelaki dilaporkan hilang di hutan di Kg Kitapol, Kiulu.

“Bagaimanapun pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masuk hari ketiga hari ini (15 Okt) menerima laporan mangsa Inereus@hendry Anthoni, 25, telah ditemui selamat oleh penduduk kampung di kawasan kebun jarak 11 kilometer dari PKB,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Abd Qawie yang juga Komander Operasi Multi Skill Team (MUST) Bomba, menceritakan kronologi kejadian mangsa (Hendry) keluar daripada rumah ibunya bernama Julinah Yalan di Kg Kitapol untuk ke rumah datuknya bernama Solimun Bulugoh di Kg Sinansag melalui jalan kebun. Bagaimanapun datuknya memberitahu Ibunya ketika dihubungi bahawa Hendry tidak berada di rumahnya.

“Pada hari kedua 12 Okt, mangsa tidak juga pulang ke rumah, laporan polis dibuat pada 13 Okt dan bertindak melancarkan pasukan SAR terdiri dari penduduk kampung, MUST team (Bomba), Unit K9 (Bomba), Unit Drone (Bomba), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Operasi SAR diteruskan sehingga 15 Okt hari ini sehingga penemuan mangsa yang masuk hari kelima dilaporkan hilang.

“Seterusnya, operasi pencarian ditamatkan pada jam 12.00 tengahari tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular