HomeUtamaKTTKP, USIA jalin kerjasama erat dalam hal berkaitan dakwah di Sabah

KTTKP, USIA jalin kerjasama erat dalam hal berkaitan dakwah di Sabah

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan (KTTKP) akan terus menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) khususnya dalam hal-hal berkaitan dakwah di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah menjadikan USIA sebahagian daripada ahli jawatankuasa penyelarasan hal ehwal Islam di Sabah.

“InsyaAllah dibawah kementerian saya, sudah pasti hubungan dengan USIA ini akan sentiasa kita akrabkan, sentiasa terjalin erat.  Sebelum ini juga Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui bahagian zakat telah membantu sedikit sebanyak program yang dilaksanakan USIA.

“USIA juga akan kita jadikan sebagai salah satu daripada ahli jawatankuasa dalam hal-hal berhubung dengan dakwah yang kita bentik atau yang dibentuk oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran Pelan Strategik Pembugaran USIA 2022-2024 bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohd Arifin berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan dan menyokong penuh usaha yang telah dilaksanakan USIA bagi memastikan pertubuhan itu lebih berkesan selain sampai ke akar umbi.

Katanya, ianya juga adalah untuk sama-sama menyebarkan dakwah serta menyegarkan nilai ukhuwah serta perpaduan dan keharmonian dikalangan masyarakat di negeri ini.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Dipertua USIA dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) serta seluruh ahli USIA keseluruhan atas usaha yang baik bagi memastikan USIA berada didalam garis yang tepat melaksanakan misi dan visinya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya