HomeUtama124 buah sekolah terpilih bakal terima lokar murid pada fasa pertama

124 buah sekolah terpilih bakal terima lokar murid pada fasa pertama

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 29,503 lokar murid giat dipasang di 124 buah sekolah terpilih melibatkan 18 buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Sabah.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Abidin Marjan berkata, pemasangan bagi fasa pertama dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu adalah bagi menangani isu beg berat khususnya dalam kalangan pelajar tahap satu.

“Bagi pihak JPNS kita mengucapkan terima kasih kepada KPM kerana telah mendengar isu beg berat dikalangan pelajar seterusnya menangani perkara ini dengan sebaiknya.

“Meskipun ini baru peringkat fasa pertama, akan ada lagi beberapa buah sekolah pada masa akan datang, saya fikir isu ini akan dapat kita selesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Lokar Murid peringkat JPNS bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Likas di sini kelmarin.

Hadir sama Focal Person Kebangsaan KPM Mohammad Arif Tun Sakaran.

SK Likas mempunyai jumlah pelajar tahap satu yang paling ramai dibawah pentadbiran PPD Kota Kinabalu.

Sekolah berkenaan juga menjadi sekolah pertama di Sabah yang menerima sebanyak 470 buah lokar bagi kegunaan pelajar tahap satu merangkumi tujuh kelas tahun satu dan enam kelas tahun dua.

Sehingga kini sebanyak 6,111 lokar atau 20.71 peratus lokar telah siap dipasang di 25 buah sekolah di seluruh Sabah.

Terdahulu, pada 5 Oktober 2022 dalam Majlis Penyerahan Lokar Fasa Pertama, KPM telah menyediakan 249,646 buah lokar di 626 sekolah seluruh negara secara berfasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya