HomeSukanPakej Sukan Pelancongan 'Bola In The City' Di Sabah sasar peminat bola...

Pakej Sukan Pelancongan ‘Bola In The City’ Di Sabah sasar peminat bola sepak

Read Time:2 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Peminat bola sepak kini berpeluang mendapatkan sesi ekslusif bersama pemain menerusi pakej sukan pelancongan 3 Hari 2 Malam ‘Bola In The City’ yang dipromosikan oleh Tourism Malaysia hasil kerjasama antara Sabah FC dan konsortium agensi pelancongan di Sabah.

Kerjasama itu dijalinkan menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Kota Kinabalu pada hari ini antara Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Khairul Firdaus Akbar Khan bersama lapan agensi pelancongan yang diwakili Ketua Konsortium agensi pelancongan Sabah Mohd Azlan Salleh Abd Salam.

Lapan agensi pelancongan itu ialah Dynamic Tours Travel & Incentive Sdn. Bhd., Borneo Excursions (AHSB Rentacar Sdn Bhd)., Inno Travel & Tour Services Sdn. Bhd., Sensational Holidays (Borneo) Sdn. Bhd., Discovery Tours (Sabah) Sdn. Bhd., Kinabalu Heritage Tours & Car Rental Sdn Bhd, Borneo Trails Tours & Travel Sdn. Bhd. dan Nadi Borneo Tours Sdn. Bhd.

Majlis menandatangani memorandum tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia; Dato’ Sri Dr Anil Jeet Singh Sandhu, Ketua Eksekutif Sabah Tourism Board, Noredah Othman, Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Ednie Rahma Ab Rahim, Ketua Komersil MASWings, Chali Awang serta para penggiat industri pelancongan di Sabah.

Pakej yang bermula pada harga serendah RM699 seorang dan RM1,399 untuk lawatan ekslusif, antara lain menawarkan penginapan di hotel bertaraf empat bintang, cenderamata premium, lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu, serta peluang berinteraksi dan beramah-mesra bersama pemain-pemain bola sepak popular seperti Dominic Tan, Park Tae-su dan Amri Yahya.

Selain itu, pakej ini juga menawarkan peluang untuk menonton perlawanan bersama pemain-pemain legenda bola sepak Sabah seperti Hassan Sani, Matlan Marjan, Burhan Ajui, Jelius Ating dan ramai lagi.

Sinonim dengan jolokan Sang Badak, Sabah FC merupakan salah sebuah pasukan yang beraksi cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini dan pernah dinobatkan juara Piala FA Malaysia untuk musim 1995 dan menjuarai trofi Liga Perdana pada tahun 1996.

Menurut Khairul Firdaus, inisiatif Tourism Malaysia dalam memulakan pakej sukan pelancongan dengan menggabungkan elemen bola sepak dan produk pelancongan bukan sahaja dapat menarik ramai lebih ramai kehadiran peminat bola sepak ke stadium, malah la dilihat mampu membantu memulihkan industri pelancongan domestik.

Sementara itu, Dato’ Sri Dr Anil Jeet berkata, Tourism Malaysia sentiasa menyokong usaha kreatif para penggiat pelancongan dalam mempelbagaikan pakej pelancongan di negara ini bagi menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke negeri Sabah.

“Dianggarkan sejumlah 80 hingga 100 peminat setia akan mengikuti rombongan pemain-pemain bola sepak kesayangan mereka pada setiap kali perlawanan berlangsung di mana-mana negeri. Oleh itu, kita optimis dengan adanya potensi untuk membangunkan pakej khas ini untuk para peminat bola sepak,” katanya.

Maklumat lanjut berkenaan tawaran pakej ini boleh diakses di laman sesawang Sabah FC www.sabah-fc.com atau di Facebook Tourism Malaysia Sabah dan untuk menikmati pakej ini sepenuhnya, orang ramai juga digalakkan untuk menebus baucar diskaun bagi tiket penerbangan MASWings di www.maswings.com.my.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya