HomeIsu tempatanLelaki tempatan ditahan rogol budak 8 tahun

Lelaki tempatan ditahan rogol budak 8 tahun

Read Time:1 Minute, 33 Second

SEMPORNA: Seorang lelaki tempatan ditahan reman dipercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun di belakang sebuah pasaraya di Pekan Semporna di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pada 21 Oktober 2022, jam 12.09 tengah malam, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu mengatakan bahawa pada 20 Oktober 2022 jam lebih kurang 8.30 malam, anak saudaranya pengadu seorang perempuan berumur lapan tahun (bukan warga tempatan) telah dibawa oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux semasa berada di Pekan Semporna dan di bawa ke tempat yang tidak diketahui.

“Pengadu memberitahu, pada hari yang sama, jam lebih kurang 9.30 malam anak saudaranya telah ditemui oleh rakan anak saudaranya dalam keadaan lemah di belakang sebuah pasaraya di Pekan Semporna.

“Mangsa memaklumkan bahawa telah dirogol oleh suspek yang telah menghantar mangsa di tempat mangsa ditemui,” kata Farhan dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, mangsa seterusnya telah dihantar ke Hospital Semporna dan kemudian di hantar ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Bertindak atas maklumat, pada 21 Oktober 2022 jam lebih kurang 2.30 pagi, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna telah menangkap suspek seorang lelaki warga tempatan berumur 40 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung dalam Daerah Semporna.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merogol kanak-kanak bawah umur dua belas tahun yang jika disabitkan hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan.

“Suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, pihak polis memohon kerjasama orang awam atau saksi yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat di talian 011-10145004 (Inspektor Adham Ramli) atau mana-mana balai polis berhampiran.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular