HomeUtamaYCS22 Sabah tingkat kefahaman pihak berkaitan laksana program berimpak tinggi

YCS22 Sabah tingkat kefahaman pihak berkaitan laksana program berimpak tinggi

Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu Simposium Inspirasi Kerjaya Anak Muda Sabah 22 (YCS22 Sabah) dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman untuk agensi kerajaan terutama yang memberi serta menyediakan program latihan berimpak tinggi kepada belia dalam menghasilkan kebolehpasaran pekerjaan anak muda di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata simposium yang julung kali diadakan ini akan menjadi salah satu inisiatif bagi menyediakan platform kepada tenaga pakar mengekspresikan dapatan, berkongsi maklumat dan kejayaan bagi membantu mengatasi masalah jurang pengangguran.

“Justeru, adalah penting bagi semua pihak di negeri ini khususnya agensi-agensi yang berkaitan melihat perubahan pemikiran anak muda terhadap sektor pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan sekarang.

“Untuk menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi, pembangunan bakat amat penting. Oleh itu, sistem pendidikan perlu menghasilkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri.

“Tumpuan seharusnya diberikan untuk menambah baik bukan hanya kepada sistem pendidikan negara malah juga sistem rantaian perkhidmatan, serta menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran pekerjaan,” katanya ketika merasmikan Simposium Inspirasi Kerjaya Anak Muda Sabah 22 (YCS 22 Sabah) peringkat negeri di Dewan Kuliah Pusat 2, Universiti Malaysia Sabah, di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandy.

Beliau juga berharap simposium ini dapat memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, universiti serta pihak industri merangkumi peluang baru pekerjaan yang perlu diterokai bersama.

“Pembangunan modal insan dan pembangunan tenaga kerja golongan muda merupakan elemen utama yang amat penting dalam membawa negeri Sabah mendepani perubahan lanskap yang memerlukan pekerja berkemahiran tinggi.

Menyedari hakikat itu, negeri Sabah juga tidak mahu ketinggalan dalam memantapkan pembangunan modal insan terbaik bagi menyokong pembangunan industri dan penguasaan teknologi tinggi.

“Tanggungjawab ini diamanahkan kepada beberapa kementerian dan agensi untuk melaksanakan program latihan dan kemahiran antaranya Kementerian Sains dan Teknologi serta Kementerian Belia dan Sukan negeri.

“Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini akan memberi impak signifikan kepada agenda pembangunan negeri yang sedang dijalankan oleh kerajaan, terutama Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata seluruh dunia hari ini mengalami masa hadapan yang ketidaktentuan yang disebut sebagai cabaran dunia VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity).

“Dalam menghadapi permasalahan ini, kesediaan kita dalam laksana pemulihan perlulah disusun strategi dengan teratur agar bersedia dalam menghadapi krisis terutama kapasiti penjanaan modal insan yang berkualiti,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Hajiji juga berharap belia dan pencari kerja agar mendaftarkan diri mereka dengan Portal Kerja Sabah, selain portal pekerjaan nasional MYFutureJobs.

“Kerajaan negeri telah melancarkan portal seperti Portal Kerja Sabah dan MYFutureJobs, yang merupakan platform untuk mencari pekerjaan di dalam negara serta saluran percuma untuk majikan dalam sektor swasta untuk mengiklankan jawatan kosong,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya