HomeUtamaPeruntukan besar untuk Sabah menerusi Bajet 2023 perlu diteruskan

Peruntukan besar untuk Sabah menerusi Bajet 2023 perlu diteruskan

Read Time:2 Minute, 27 Second

Oleh TEAM SABAH MEDIA

KIMANIS : Sebanyak RM6.3 bilion peruntukkan pembangunan akan diberikan kepada Sabah menerusi Bajet 2023 yang akan memberi manf4aat dan kepentingan kepada rakyat di negeri ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri  Yaakob berkata, peruntukkan yang diberikan itu akan bagi pelaksanaan projek infrastuktur air, elektrik, jalan raya, kesihatan dan kemudahan pendidikan.

Katanya,peruntukan itu merupakan kenaikan sebanyak 20.45 peratus berbanding RM5.2 bilion pada bajet yang lalu.

“Bagi program Jalinan Digital Negara (JENDELA) iaitu bagi memastikan liputan di Sabah adalah baik, Kerajaan memperuntukan sebanyak RM180 juta dan setakat ini pencapaian di Sabah telah mencapai sebanyak 87.5 peratus, saya yakin ini akan dapat diselesaikan.

“Selain itu, sejumlah RM1.2 bilion turut diperuntukkan untuk menaik taraf infrastruktur  sekolah daif bagi menggantikan bangunan kayu lama untuk keselesaan murid di Sabah dan Sarawak yang melibatkan 123 projek di Sabah dan 182 di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.

Program berkenaan dilancarkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ismail Sabri berkata, sebanyak RM420 juta diperuntukkan bagi baik pulih hospital dan klinik daif termasuk penggantian alatan usang di kedua-dua negeri.

Katanya, subsidi perkhidmatan udara turut diberikan bagi mereka yang menetap di kawasan pedalaman iaitu sebanyak RM209 juta.

“Bagi peruntukan membina sekolah baharu di seluruh negara termasuk Sabah, Kerajaan memperuntukan sebanyak RM430 juta termasuk pembinan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu yangt dijangka dibina tahun depan.

“Selain itu, jajaran Pan Borneo Negeri Sabah dijangka siap menjelang tahun 2024. Selain  Menaik taraf kemudahan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu manakala peruntukan sebanyak peruntukan RM250 juta turut disalurka untuk pembangunan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, peruntukan besar untuk Sabah itu perlu diteruskan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, bajet itu perlu dibentangkan semula, namun ia memerlukan sokongan rakyat Sabah yang akan menjadi penentu kemenangan BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menjadi rakan kerjasamanya di negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan pembentangan bajet yang sama jika berjaya membentuk kerajaan dan meluluskannya demi kepentingan rakyat, termasuk di Sabah.

“Kuasa terletak kepada rakyat pada 19 November ini untuk menentukan, sama ada bajet dapat dibentang atau dirombak orang lain.

“Bajet yang baik untuk rakyat ini harus dilaksanakan dan ia hanya boleh direalisasikan dengan mengundi BN. Kita akan teruskan dengan pembentangan bajet yang sama, kita luluskan demi kepentingan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Sabah juga mendapat bayaran daripada PETRONAS sebanyak RM3.226 bilion selain RM1.991 bilion cukai jualan petroleum menjadikan jumlahnya lebuh RM5 bilion.

“Kita juga bersetuju setiap projek baharu di Sabah yang membabitkan pembangunan minyak dan gas, kerajaan Sabah akan terbabit sama dengan PETRONAS melalui ekuiti dalam setiap projek.

“Ini jelas sebelum ini tidak pernah berlaku dan kita berikan sebahgiannya dan insyaAllah kita akan beri lagi apa dipersetujui,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya