HomePolitikPRU-15 : Sedia bertanding sekiranya dicalonkan - Yakub

PRU-15 : Sedia bertanding sekiranya dicalonkan – Yakub

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yakub Khan bersedia untuk bertanding sekiranya dipilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan parti Barisan Nasional (BN).

“Sebelum ini semua bahagian-bahagian UMNO terutama di Sabah telah diminta untuk menghantar lima nama daripada satu bahagian.

“Sebagai Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, saya juga telah menyerahkan lima nama untuk dinilai dan diperhalusi sekiranya nama-nama tersebut layak,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Keselamatan Siber Sektor Awam Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Yakub berkata demikian bagi mengulas spekulasi beliau menjadi antara calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Sepanggar atas tiket BN pada PRU-15.

Dalam pada itu, Yakub berkata, beberapa isu rakyat di Parlimen Sepanggar khususnya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai perlu diambil perhatian dan diselesaikan segera dan menjadi antara keutamaannya.

“Sebagai wakil rakyat, saya melihat isu-isu yang sangat dekat di hati rakyat Sepanggar khususnya DUN Karambunai ialah isu berkenaan bekalan air bersih dimana pada masa ini ianya sangat membimbangkan.

“Begitu juga dengan jalan-jalan sama ada jalan Kampung mahupun dalam bandar itu sendiri tetapi dikawasan bandar ini sebenarnya Pan Borneo kini dalam pembinaan, sudah tentu akan ada kesulitan timbul.

“InsyaAllah dalam tahun depan saya difahamkan jalan-jalan ini akan siap sepenuhnya dan masyarakat sekitar Sepanggar akan dapat menikmati keselesaan,” katanya.

Beliau berkata, masalah ekonomi penduduk turut menjadi antara cabaran kepada masyarakat di kawasan Parlimen Sepanggar.

“Suka saya nyatakan bahawa, Sepanggar adalah sebahagian daripada kawasan bndar, pinggir bandar dan luar bandar. Sudah tentu Cabaran berbeza dari Parlimen lain.

“Penduduk juga ramai Dan pengundi saja setakat ini sudah mencapai 107,000 pengundi. Sepanggar adalah kawasan yang pengundinya tertinggi di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular