HomeIsu tempatanSPRM tahan lelaki perdaya pemilik syarikat

SPRM tahan lelaki perdaya pemilik syarikat

Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang lelaki dipercayai telah memperdaya seorang pemilik syarikat bagi memperoleh satu projek pembekalan bahan mentah kering dan basah bernilai RM730,000 pada tahun 2013.

Menurut sumber, suspek berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang tadi di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek disyaki telah memperdaya pemilik syarikat terbabit dengan menawarkan kerjasama untuk melaksanakan projek berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM100,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu esok untuk pertuduhan,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

FSSK UMS jayakan seminar pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular