HomeUtamaInisiatif digitasi rekod mudahkan pencarian dokumen lama - Yakub

Inisiatif digitasi rekod mudahkan pencarian dokumen lama – Yakub

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Inisiatif Digitasi Rekod Mahkamah Anak Negeri di negeri ini diyakini mampu mencapai objektifnya selaras dengan elemen yang terkandung dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, elemen berkenaan adalah Ekonomi Digital iaitu bagi Mengintegrasikan Infrastruktur Merentasi Sektor Awam, Perniagaan dan Rakyat.

“Sudah pasti inisiatif digitasi rekod ini adalah untuk menyimpan rekod-rekod lama dan usang dalam bentuk digital selain memulihara rekod-rekod yang terdapat unsur-unsur sejarah untuk dijadikan bahan rujukan pada masa akan datang.

“Inisiatif ini juga akan menjadikan rekod-rekod awam yang bernilai tinggi mudah dicapai sekiranya diperlukan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Digitasi Rekod Mahkamah Anak Negeri di sini hari ini.

Yakub berkata, usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, dalam Perkhidmatan Awam, bukanlah perkara baru untuk semua pihak.

Katanya, ia turut dilihat dalam persekitaran yang semakin dinamik pada masa kini selain menuntut semua pihak memainkan peranan yang lebih cekap terutamanya dalam memperbaiki sistem penyampaian ke tahap yang lebih baik melalui inovasi dan inisiatif digital.

“Oleh itu, Kerajaan menjadikan bilangan projek transformasi digital, sebagai petunjuk prestasi utama, dimana usaha mempergiatkan projek transformasi digital ini, diberikan penekanan terhadap kepuasan pemegang taruh, yang mana terdiri daripada orang awam.

“Salah satu strategi pemboleh daya bagi kerajaan yang Berteraskan Teknologi dan Inovasi, adalah membangunkan sistem G2C iaitu (Government to Community).

“Inisiatif Digitasi Rekod ini sebenarnya adalah gabungan pelaksanaan teknologi peralatan dan sistem aplikasi penyimpanan rekod,” katanya.

Sementara itu, Yakub berkata, rekod-rekod dokumen yang disimpan secara fizikal, akan disimpan dalam pangkalan data secara digital dan ianya dikawalselia oleh pembangun sistem.

Katanya, pembangun sistem ini adalah terdiri dari pegawai Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) sendiri.

“Justeru, tiada kos pembangunan bagi sistem aplikasi yang digunakan. Saya amat yakin bahawa pelaksanaan aktiviti digitasi rekod ini dapat memperkasakan perkhidmatan Mahkamah Anak Negeri di Negeri Sabah.

“Seperti yang telah diamanatkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, semua penjawat awam perlu menitikberatkan kepentingan menggunakan teknologi digital, agar dapat melaksanakan pembaharuan dalam perkhidmatan awam, dengan berpaksikan 3R iaitu Revitalise (Menggiatkan), React (Reaksi), and Responsible (Bertanggungjawab),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas ditemui lemas semasa memukat di pantai Kuala Putatan 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya