HomeUtama470 kenderaan ‘Off-Road’ meriahkan Borneo Safari International Off-Road Challenge

470 kenderaan ‘Off-Road’ meriahkan Borneo Safari International Off-Road Challenge

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Borneo Safari International Off-Road Challenge kembali diadakan sekepas dua tahun tidak dilaksanakan dengan membawa bersama sebanyak 470 buah kenderaan ‘off-road’ yang telah diubah suai.

Borneo Safari edisi ke-30 ini akan menyaksikan lebih 1,000 peserta akan merentasi Tuaran seterusnya mengharungi laluan muka bumi Kota Belud dengan menggunakan jalan pembalakan lama.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, sambutan yang positif diterima khususnya dari negara-negara jiran menunjukkan bahawa aktiviti pengembaraan luar di negeri ini sangat popular.

Katanyta, para peserta yang menyertai terdiri daripada peserta yang datang dari seluruh Malaysia, Filipina dan Brunei.

“Kita di Lembaga Pelancongan Sabah (STB) melihat ini sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu untuk menarik lebih ramai pelancong.

“Kita berharap semua peserta akan mengambil peluang ini untuk meneroka keindahan Sabah dan berkongsi pengalaman mereka dengan dunia.  Saya yakin melalui laporan dan publisiti semua orang, ia akan membantu memacu industri pelancongan negeri,” katanya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman dan Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah Faez Nordin. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya