HomeIsu tempatanWarga emas lelaki ditemui rentung dalam kereta terbakar

Warga emas lelaki ditemui rentung dalam kereta terbakar

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Seorang warga emas lelaki ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar dalam satu kejadian di kawasan padang taman permainan, Taman Iramanis dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, Mohd Zaidi Abdullah berkata, pada jam 9.10 pagi tadi (30 Okt) pihak polis menerima maklumat mengenai sebuah kenderaan terbakar bertempat di kawasan padang taman permainan, Taman Iramanis, Kota Kinabalu.

“Pihak polis bersama pasukan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kota Kinabalu telah bergegas ke lokasi kejadian mendapati sebuah kereta jenis Toyota Spacio sedang terbakar dan pasukan Bomba telah berjaya memadamkan api.

“Hasil pemeriksaan telah menemui seorang lelaki berumur 63 tahun telah hangus terbakar di dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, siasatan awal oleh team Forensik Bomba mendapati punca api adalah daripada tempat duduk di sebelah pemandu.

“Mayat mangsa telah rentung di tempat duduk pemandu, manakala kenderaan mangsa hampir 95 peratus terbakar.

“Siasatan diteruskan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I bagi proses bedah siasat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular