HomeIsu tempatanTapak lapangan terbang lama dicadang untuk bina Dewan Masyarakat Ranau baharu

Tapak lapangan terbang lama dicadang untuk bina Dewan Masyarakat Ranau baharu

Read Time:1 Minute, 28 Second

RANAU: Tapak lapangan terbang lama dekat Kg Sinarut Lama yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari pekan Ranau, dicadangkan untuk pembangunan seperti membina bangunan Dewan Masyarakat baharu (Dewan Terbuka) yang boleh menampung tiga hingga empat ribu orang dalam satu masa.

Sebelum ini, ramai penduduk di kawasan tersebut mencadangkan kawasan berkenaan dibersihkan untuk dijadikan Lapangan Terbang Awam yang boleh menampung kapal-kapal ringan atau helikopter untuk kemudahan awam terutama para pelancong dari ibu negeri untuk sampai dengan masa yang singkat malah perjalanan tidak terkandas berikutan kesesakan jalan raya antara Kota Kinabalu – Ranau -Telupid.

Bagaimanapun menurut Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd Ghani ketika dihubungi pemberita berkata, tapak lapangan terbang lama itu dicadangkan untuk pembinaan Dewan Masyarakat baharu dan beberapa buah bangunan lain yang difikirkan sesuai termasuk tapak Tamu Mingguan atau Bulanan Daerah Ranau yang ketika ini masih di tapak lama dekat Sungai Liwagu yang kelak boleh dijadikan tapak letak kereta pengangkutan awam seperti Teksi, Bas Mini, Bas Persiaran dan Bas Pengangkutan Awam.

“Cadangan ini selaras dengan saranan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan, Datuk seri Masidi Manjun, mengarahkan supaya Majlis Daerah Ranau (MDR)  mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk pembinaan Dewan Masyarakat Baharu yang lebih luas berbanding bangunan Dewan Masyarakat yang  ada sekarang tidak lagi dapat menampung ramai orang dalam satu acara seperi Sambutan Maulidur Rasul, Pesta Kaamatan dan acara-acara yang memerlukan kehadiran ramai orang.

“Kita serahkan kepada pihak Jabatan Perancang Bandar untuk memastikan pelaksanaan mengikut kehendak kita”, jelas Jumain.

Menurutnya, pihak Kelab Penerbangan Awam Sabah sudah menyerahkan tapak lapangan terbang lama itu kepada MDR dan terpulang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan MDR untuk membina atau menyediakan infra ke atas tapak tersebut untuk kemudahan awam.
    

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Program pertandingan inisiatif terbaik erat hubungan silaturrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular