HomeUtamaKTYS sentiasa buka peluang latihan kemahiran kepada masyarakat di Sabah

KTYS sentiasa buka peluang latihan kemahiran kepada masyarakat di Sabah

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) melalui Pusat Warisan Kraft Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS)  sentiasa membuka peluang latihan kemahiran kepada masyarakat di negeri ini.

Pengurus Kumpulan Kanan Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat Yayasan Sabah Zulkhairi Ismail berkata, ia termasuklah memberi latihan kepada masyarakat di bandar dan luar bandar di negeri ini.

“Kita di Yayasan Sabah sentiasa membuka peluang latihan kepada rakyat di Sabah melalui iklan yang dikeluarkan di media sosial termasuklah surat khabar. 

“Sememangnya ini adalah menjadi satu hasrat Kerajaan dan juga hasrat Yayasan Sabah dalam menyediakan kemahiran atau kursus yang bertujuan untuk mewujudkan suatu komuniti atau masyarakt yang dapat berdiri atas kaki sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Pelatih Pusat Warisan Kraf di bawah Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah 2022 seterusnya mewakili Pengarah Yayasan Sabah Dato Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar.

Zulkhairi berkata, kemahiran yang diberikan itu diyakini akan dapat mengeluarkan produk yang boleh dipasarkan sama ada di pasaran temopatan mahupun di peringkat antarabangsa.

“Justeru kita tidak mahu wujud satu masyarakat yang dapat sijil hanya untuk tujuan memohon kerja tetapi kita mahu mereka terus mengambangkan bakat.  Itu adalah hasrat kerajaan dan juga Yayasan Sabah,” katanya.

Terdahulu,  seramai lebih 57 pelatih berjaya menamatkan Kursus PKAN dibawah Pusat Warisan Kraf KTYS.

Zulkhairi berkata, pihaknya berharap program yang dilaksanakan itu akan dapat dilaksanakan secara berterusan ke peringkat lebih tinggi. – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya